Friday 29 June 2012

Pengalaman yang gila bebenaw!(Part 1)

Assalamualaikum dan salam satu malaysia!!lama dah tak exercise tangan gua type entri blog..Ermm gua hari ni nak cerita pasal semalam(khamis).Pengalaman gua mase pergi rumah nabiha..okey ceritanya begini..gua akan buat style novel tau!

    "Farzmil!kau esok ade nak pergi rumah nabiha tak?"ujar Amira memecah kesunyian di surau sekolahnya.Farzmil yang sedang enak menelaah novel 'Miss Pisau Cukur' karya Siti Nur Dhuha agak terkejut beruk tahap dewa ke lapan belas terkebil-kebil memandang Amira yang tersengih kambing gunung.Farzmil mengurut-urut dadanya yang bergoncang kuat kerana Amira yang datang membuat terjahan 'Melodi' kepadanya.'Nasib baiklah jantung aku tak jatuh jantung aku..kira okey urat saraf aku ni macam dawai besi..boleh tahan lama.Kalau plastik econsave..ermm alamatnya aku akan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini..huhu!Eh!pandai pulak hait aku nak berdrama pulak ni!!'desis hati Farzmil.

    "Rasanya aku pergi..kenapa?kau nak ikut sekali ke?"soal Farzmil setelah melihat Amira hampir tertidur menanti jawapan darinya."Nak!aku nak tengok juga rumah nabiha pastu aku nak pinjam ***** nabiha..By the way,kau pergi esok dengan apa?"soal Amira lagi mahu kepastian.
   
    "Macam biasa lah.Naik bas awam.Kenapa?Kau nak naik sekali dengan aku ke?"Farzmil menjawab soalan amira dengan soalan.

    "Aah.Aku nak try naik bas awam.tapi macam mana nak naik bas awam?aku tak reti la.."Amira membuat muka seposen memohon simpati.Farzmil yang melihatnya menjeling kura-kura manja.Tidak sampai hati dia melihat rakannya itu.Bukan kerana simpati,tetapi rasa nak muntah warna pink sebab tengok Amira buat muka seposennya itu.Style macam minta kaki je.

    "Yelah..Kalau kau nak naik bas awam kau kena......"Panjang lebar ceramah Farzmil tentang cara-cara untuk menaiki bas awam.Dari cara naik bas awam sampai ke pasal novel.Entah apa yang dibebelkan pun entah Amira faham atau tidak.Kalau Amira faham,syukurlah.Kalau tak faham juga,dia berserah pada takdir tuhan yang Esa.



"ERMM..Macam mana ni?Aku nak pergi dengan Farzmil ke dengan Along ni?"Pening kepala Amira memikirkan cara untuk ke rumah Nabiha keesokkan harinya.Along?Along ialah seorang pemandu van sekolah.Dia juga adalah orang yang bertanggaung jawab menghantar dan mengambil Amira pergi dan balik dari  sekolah.

    "Apa kata kalau aku pergi dengan along je.Aku mesej Farzmil guna facebook je lah.Ermm..Wow!Amira!That's a brilliant idea!Great!"Terkembang-kembang hidung Amira memuji dirinya sendiri.Tanpa sedar,bulu hidungnya terkeluar.Sesekali dia terbersin,bulu hidungnya terbang tanpa arah tuju.Lantas dia mengesat lebihan hingus yang meleleh dengan tisu Scott.Setelah selesai proses penyerapan hingus ke tisu selesai,Amira lantas menarik keluar notebook CSL nya,lalu mendaftar masuk akaun Facebook.

   Farzmil,aku rasa aku tak pergi dengan kau esok...
Aku pegi dengan van aku kot.
:D

    Amira menanti balasan  mesej dari Farzmil tetapi harapannya tidak kesampaian...




To be continued...Part 2

1 comment:

  1. Brilliant otak ko!!!
    mesej fb pukol 7 pagi ,
    hang pikir aq bukak ke?
    -,-'

    ReplyDelete