Friday 29 June 2012

Pengalaman yang gila bebenaw!(part 2)

Assalamualaikum dan salam satu korea sekalian..haha..jumpa juga kita akhirnya ya?!Okey tanpa melengahkan masa lagi gua nak sambung cerita gua yang terbengkalai semalam.okey..begini sambungan ceritanya.....


      "Helo!Along ke ni?"
      "Yelah..Amira ke?"
      "Aah.Along boleh tak ambil saya pukul 9?sebab saya nak pergi rumah kawan saya kat Nibong **..Boleh tak?Saya nak ambil barang dengan Nabiha.Boleh tak?"
      "Ermm..Boeh..cepat sikit Along nak sampai ni."
      "Okey..Terima kasih Along!Sayang Along ketat-ketat!"

      Dengan kepantasan tahap dewa kelapan belas,Amira meluncur laju ke arah almari bajunya untuk menyalin pakaian jasmaninya kerana kebetulan hari itu juga ada matapelajaran pendidikan jasmani.Tidak sampai 5 minit menyalin pakaian,Amira sudah siap memakai kasut sekolahnya.Dalam masa yang sama,Along juga tuba di tempat kejadian.Wah,macam ada kes Detective Conan pula!


"RUMAH Nabiha sebenarnya Nibong ** ke Nibong **,Mira?Setahu Along tak ada Nibong **..Ermm macam ni,Amira cuba telefon Nabiha.Tanya apa sebenarnya alamat dia.Nah,guna telefon Along."Lelaki yang sudah Amira anggap abang kandungnya itu memberikannya telefon bimbitnya supaya Amira dapat menelefon Nabiha.

      "Teima kasih Along!Kejap ya,saya telefon Nabiha.."ujar Amira sambil menekan punat di telefon Nokia Express Music.Terdengar caller ringtone 'Aku Suka Dia' nyanyian Ainan Tasneem di talian.Tetapi si pengjawab masih belum mengangkat telefon.Dan akhirnya...

       "Nabiha!Rumah awak sebenarnya Nibong ** ke Nibong **?Kita dah sesat dah ni!"Dengan 'manjanya' aku mengadu kesedihan ku.

       "Rumah kita kat Nibong **..."balas Nabiha.Terdengar suaranya yang ketawa terbahak-bahak.Pasti hatinya digeletek kelucuan dek kerana ujaran Amira.Aku hanya mengangguk dan tidak semena-mena pecah juga tawa Amira akhirnya.




"ASSALAMUALAIKUM!Tuan rumah!oo tuan rumah!!"teriak Amira memberi salam.Dia sudah seperti orang yang sedang melakukan tarian Shuffle.Terlompat-lompat bagai beruk kena belacan.

      "Waalaikumsalam!Ya,tuan rumah nak keluarlah ni!"Sempat lagi Nabiha berseloroh.
      "Duduk rumah seorang ke?Mak awak tak ada ke?"Nabiha hanya menggelengkan kepalanya.
      "Masuk lah..buat macam rumah sendiri.Awak nak pinjam ***** kan?Tengok lah kat  rak buku kat situ."

      Amira sudah seperti robot mengikut sahaja.Di saat Amira tiba betul-betul di hadapan rak buku,mulutnya ternganga besar.Sebesar Gua Niah di Sarawak!

      "Nabiha,biar betul...takkan lah...mimpi ke aku ni?"



To be continued...(Part 3)

Pengalaman yang gila bebenaw!(Part 1)

Assalamualaikum dan salam satu malaysia!!lama dah tak exercise tangan gua type entri blog..Ermm gua hari ni nak cerita pasal semalam(khamis).Pengalaman gua mase pergi rumah nabiha..okey ceritanya begini..gua akan buat style novel tau!

    "Farzmil!kau esok ade nak pergi rumah nabiha tak?"ujar Amira memecah kesunyian di surau sekolahnya.Farzmil yang sedang enak menelaah novel 'Miss Pisau Cukur' karya Siti Nur Dhuha agak terkejut beruk tahap dewa ke lapan belas terkebil-kebil memandang Amira yang tersengih kambing gunung.Farzmil mengurut-urut dadanya yang bergoncang kuat kerana Amira yang datang membuat terjahan 'Melodi' kepadanya.'Nasib baiklah jantung aku tak jatuh jantung aku..kira okey urat saraf aku ni macam dawai besi..boleh tahan lama.Kalau plastik econsave..ermm alamatnya aku akan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini..huhu!Eh!pandai pulak hait aku nak berdrama pulak ni!!'desis hati Farzmil.

    "Rasanya aku pergi..kenapa?kau nak ikut sekali ke?"soal Farzmil setelah melihat Amira hampir tertidur menanti jawapan darinya."Nak!aku nak tengok juga rumah nabiha pastu aku nak pinjam ***** nabiha..By the way,kau pergi esok dengan apa?"soal Amira lagi mahu kepastian.
   
    "Macam biasa lah.Naik bas awam.Kenapa?Kau nak naik sekali dengan aku ke?"Farzmil menjawab soalan amira dengan soalan.

    "Aah.Aku nak try naik bas awam.tapi macam mana nak naik bas awam?aku tak reti la.."Amira membuat muka seposen memohon simpati.Farzmil yang melihatnya menjeling kura-kura manja.Tidak sampai hati dia melihat rakannya itu.Bukan kerana simpati,tetapi rasa nak muntah warna pink sebab tengok Amira buat muka seposennya itu.Style macam minta kaki je.

    "Yelah..Kalau kau nak naik bas awam kau kena......"Panjang lebar ceramah Farzmil tentang cara-cara untuk menaiki bas awam.Dari cara naik bas awam sampai ke pasal novel.Entah apa yang dibebelkan pun entah Amira faham atau tidak.Kalau Amira faham,syukurlah.Kalau tak faham juga,dia berserah pada takdir tuhan yang Esa.



"ERMM..Macam mana ni?Aku nak pergi dengan Farzmil ke dengan Along ni?"Pening kepala Amira memikirkan cara untuk ke rumah Nabiha keesokkan harinya.Along?Along ialah seorang pemandu van sekolah.Dia juga adalah orang yang bertanggaung jawab menghantar dan mengambil Amira pergi dan balik dari  sekolah.

    "Apa kata kalau aku pergi dengan along je.Aku mesej Farzmil guna facebook je lah.Ermm..Wow!Amira!That's a brilliant idea!Great!"Terkembang-kembang hidung Amira memuji dirinya sendiri.Tanpa sedar,bulu hidungnya terkeluar.Sesekali dia terbersin,bulu hidungnya terbang tanpa arah tuju.Lantas dia mengesat lebihan hingus yang meleleh dengan tisu Scott.Setelah selesai proses penyerapan hingus ke tisu selesai,Amira lantas menarik keluar notebook CSL nya,lalu mendaftar masuk akaun Facebook.

   Farzmil,aku rasa aku tak pergi dengan kau esok...
Aku pegi dengan van aku kot.
:D

    Amira menanti balasan  mesej dari Farzmil tetapi harapannya tidak kesampaian...




To be continued...Part 2

Friday 15 June 2012

Si Dia bernama Amira Farzmil

Assalamualaikum dan salam satu friendship sekalian..Haa..lu orang mesti tertanya-tanya apa maksud tajuk yang gua tulis nih..ahaks!yuolls jangan nak salah paham yerr..gua ni straight!!okey..AMIRA FARZMIL..dia ni memang budak baik..senang citer best kalau kawan dengan die.Gua dengan die ni memang sekepala..Dowh!nama pon dah dua-dua AMIRA...of courseezz la sekepala!

Antara yang gua suke dengan yang FARZMIL suke ialah kitorang ni memang kaki novel..maksud gua memang giler novel..macam kalau tak de novel gua dengan die bole kena sawan..kalau sehari tak citer pasal novel..Bole parkinson dowh!!

Ohh!Lagi satu,adik beradik AMIRA FARZMIL ni,nama kedua diorang wajib ada FARZMIL..ikut ape yang AMIRA FARZMIL story-mory kat gua,FARZMIL ni gabungan nama parents diorang..gua salute dengan parents FARZMILS'..ape orang selalu cakap= SO SWEET... :)Oklah..gua nak ciao dulu!!gua nak online fb gua dulu!!

ASSALAMUALAIKUM DAN BABAI!!!

Thursday 14 June 2012

Lawak Ke Der??-Jozan

Assalamualaikum dan salam satu dunia gua ucapkan..hari ini entri gua,gua nak cerita pasal lawak ke der sepertimana yang gua dah taip kat atas tu..sebenarnya gua tak tahu pun apa yang gua nak post kan kat entri kali ni..tapi gua main bedal je!Ada gua kisah??okey sambung cerita...gu buka youtube dan...

Pada suatu hari yang cukup indah,burung-burung bertebangan sambil berkicauan dan bergembira..gua sebenarnya tak ada ape nak cerita..tu yang gua mencarut ni..gilozz,kan??Okey,setelah disyorkan oleh kawan gua,tipah untuk tengok cerita ni..gua balik-balik  je dari sekolah terus terkam laptop kecik gua and tengok lawak ke der..Perghh!gua cakap dengan lu orang..gile kelakar..memang tak kering gusi..dan untuk itu gua ingat,gua nak letak video tu kat blog gua ni..
                                               Haa..yang ini part 1..(Masa diorang sekolah lagi)


 
Yang ini pulak part 2(time diorang dah dewasa and jadi gangster)

Dan untuk itu..gua nak minta diri dulu sebab mata gua ni dah nak tertutup..bukak balik asyik nak tertutup..ngantuk dowh!!


ASSALAMUALAIKUM,
BYE,
XOXOXOXOXO...

Thursday 7 June 2012

Bukit Gambang..yaww!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...gua dan family gua pergilah bercuti dekat bukit gambang kat pahang..tempat tu untuk mandi manda dan macam-macam lagi..gua hari ni nak story mory kat lu orang pasal perjalanan pergi dan balik gua dari johor ke gambang..ermm..terimalah..

Tersebutlah kisah...gua dan adik gua yang terlebih excited nak pergi gambang dah tak sabar nak kemas baju,padahal lusa baru nak bertolak...okey tapi gua  dan adik kemas ari ahad lah...sebab mak gua cakap lusa pergi hari ahad dah nak kemas...ermm..tak kisah lah..yang penting gua happy gilozzz...okey,gua nak tunjuk kat luorang gambar yang gua dah snap masa kat gambang.. tengok..jangan tak tengok..

(ni signboard yang aku snap first sekali masa gua masuk kat waterpark ni.)

(ni gambar kedua=peta bukit gambang water park)

(Gambar ketiga...tajuk utama cerita ni..)

(Gambar ni gua main snap je ni..)

(Ni gambar keluarga gua..starring dari kiri..mama,mak tok,tugu bukit gambang,adik,kak rima,kak zu)

(Gambar ni pun gua main snap je..lupe lak gua nak zoom in..)

(Ni gambar yang paling gua suke..ni gambar penguin tau..bukan tenuk afrika okeh!)
ni aku jumpe kat gift shop..comel toook!


Okey,hari rabu bersamaan pukul 12 tengah hari,gua dan family check out...Balik-balik je gua jalan macam rappers..terhuyung hayang..kulit muka pun dah macam orang negro..eww..jatuh saham gua..okey..sampai di sini sahaja coretan isi hati gua..goodbye forever bloodyful cockroach!!

THE END,
BYE,
XOXO...

Friday 1 June 2012

My Damn Super Best Buddies...

Assalamualaikum dan salam sejahtera gua ucapkan...tadi gua kan baru publish pasal birthday mama gua..dalam pada gua cari gambar kat cik cammy (Camera) gua,ternampak pulak gambar masa gua dan buddies gua tahun lepas pergi jamuan hari raya kat sekolah..ada la amik gambar sikit..let us see them..

Gua dengan Kimberly

Kimberly(Kimmy)

Lyesa Karmila(Harry Styles)

Kimmy and me

Lyesa and Kimmy

*Sebenarnya ada lagi seorang=fatin afifah..tapi gua tak dapat snap gambar die..frust tertonggeng gua..


THE END,
BYE,
XOXO





Happy Birthday To My Mama!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera gua ucapkan..hari ni gua update blog ni gua nak cerita hari ni hari jadi mama gua...iaitu PUAN AZIAH JAAFAR...huhu..best mama beli kek aiskrim...flavournya-cappuchino!!Sedap hingga menjilat celah kaki...eww?ade ker??BTW,gua ucapkan happy birthday to mama gua yang tercinta...sekarang dia dah berumur **(umur dirahsia..nanti jatuh saham)inilah mama gua..tengok tau jangan tak tengok!!

 
(Gambar ni kat umah pak cik gua...Andak punye rumah punye background)
-2011-

(Ini keknya...nampak lazat,kan?sebab tu gua sampai meleleh 'salivary amylase' gua)


THE END,
BYE,
XOXO..