Monday 15 October 2012

HEY!!THIS THURSDAY..IT'S MY DAY!!!18 OCTOBER!!!

Untuk Dia,Heyy!!

Assalamualiakum dan salam satu duni sekalian!!Wahh..lama dah gua tak post entry gua...rindu gile nak buat entry..oh ya!!sekarang gua aktif tulis novel,so gua tak sempat sangat nak post entry and juga mak gua pasang password kat laptop die..nak guna laptop aku hmm..laptop tu dah kembali ke rahmatullah...

Untuk entry kali ni gua nak cerita pasal sesuatu yang gua tak duga akan berlaku.Gua hari tu bertugas kat koperasi.waktu tu hari khamis.kira-kira pukul 10 lebih pagi,budak form 5 and 6 rehat.So of course lah ramai manusia time tu kat koperasi.Tak menang tangan gua dengan veron.so sudddenly,one guy came.firstly dia nak beli pen M&G 0.5 warna biru harga 1.60..so gua ambik lah pen yang dia nak tuh.So senang macam ni apa kate aku buat dialog untuk scene-scene tertentu sahaja..

              "Pen ni berapa?"dia tanya dan pandang gua dengan pandangan yang menggoda.cewah!pastu gua pun cakap,
              "rm1.60"aku pun pandang dia balik and suddenly..chopp!gua nak tanya pernah tak lu orang rasa macam berdebar bile jumpe crush lu orang..haa itulah yang gua rasa..tapi gua tak cakap that guy tu crush gua.jangan salah faham.after that,die pun bayar and blah dari koperasi.
              Pastu,aku tak ingat sangatlah pukul berapa,tapi that guy came again..huhu..my heart beating so fast...rasa macam nak terkeluar je!kali ni dia nak beli highlight warna kuning harga 1.60..so as usual aku terpaksa copy paste dialog tadi.sebab soalan dengan jawapannya sama je..

             "highlight ni berapa?"dia tanya dan pandang gua dengan pandangan yang menggoda.cewah!pastu gua pun cakap,
              "rm1.60"aku pun pandang dia balik and jantung aku mula buat cup prix pulak.Oh tidak!!sakit jantung aku dibuatnya.Then,macam biasa dia bayar and blah dari situ.
               But scene yang ketiga ni yang gua nak cerita sekarang ni memang scene paling extreme dalam dunia ni.
               That guy datang but with his friend.this time,dia just teman kan member dia beli apa entah..(Tak kuasa gua nak ingat)..time tu dia tengah makan aiskrim..muke dia cute giler time makan asikrim..le[as member dia habis beli barang keperluan hidup dia tu,diorang mulalah nak blah dari situ.That guy!Oh bile type,or cakap perkataan 'THAT GUY' hati aku dup dap dup dap..sambung..that guy dengan member dia pun nak blah,sambil berjalan baru satu dua langkah, dia pandang gua sambil makan aiskrim.(cute gile muka dia time tu)
               lepas gua dengan veron habis bertugas,gua pun pergi kelas dan story kat Ain,farzmil,athifah and fatini.dia boleh ketawa pasal cerita aku ni..Then ain ke siapa entah dia tanya nama dia sape..then tiba-tiba gua rasa menyesal sebab tak tahu nama that guy!!

Tuesday 24 July 2012

Hye!!Lama tak jumpa!!

Assalamualaikum...guan dah lame tak exercise tangan gua ni..haha..Lame jugaka kan gua tak buat entry gua kan??Hmm gua sebenarnya malas nak type..gua just nak edit blog gua je..okeylah babai!!!

Wednesday 4 July 2012

Pengalaman Yang gila bebenaw (part 3)

     "Banyak gila novel awak nabiha!!!"Amira melangkah masuk dan menerjah rak buku nabiha.Humangaih!Gilo ko apo?Banyak bebenaw sampai mato den berpinar ni ah.

     Amira pun tanpa melengahkan masa terus mencapai sebuah novel lalu membaca sinopsisnya.Satu per satu buku dibeleknnya.Dada amira sudah melonjak kegembiraan.Teruja sangat sampai tak ingat dunia.Tiba-tiba.....

BAMMM!

      Amira yang sedang enak membelai buku buku novel itu,secara tidak sengaja telah terkejut beruk tahap beruk mak yeh.Rupa-rupanya Farzmil.Ingatkan King Kong manalah yang mengamuk sakan!

Tamat...malas gua nak cerita lagi..letih lah..i'm sorry...

Friday 29 June 2012

Pengalaman yang gila bebenaw!(part 2)

Assalamualaikum dan salam satu korea sekalian..haha..jumpa juga kita akhirnya ya?!Okey tanpa melengahkan masa lagi gua nak sambung cerita gua yang terbengkalai semalam.okey..begini sambungan ceritanya.....


      "Helo!Along ke ni?"
      "Yelah..Amira ke?"
      "Aah.Along boleh tak ambil saya pukul 9?sebab saya nak pergi rumah kawan saya kat Nibong **..Boleh tak?Saya nak ambil barang dengan Nabiha.Boleh tak?"
      "Ermm..Boeh..cepat sikit Along nak sampai ni."
      "Okey..Terima kasih Along!Sayang Along ketat-ketat!"

      Dengan kepantasan tahap dewa kelapan belas,Amira meluncur laju ke arah almari bajunya untuk menyalin pakaian jasmaninya kerana kebetulan hari itu juga ada matapelajaran pendidikan jasmani.Tidak sampai 5 minit menyalin pakaian,Amira sudah siap memakai kasut sekolahnya.Dalam masa yang sama,Along juga tuba di tempat kejadian.Wah,macam ada kes Detective Conan pula!


"RUMAH Nabiha sebenarnya Nibong ** ke Nibong **,Mira?Setahu Along tak ada Nibong **..Ermm macam ni,Amira cuba telefon Nabiha.Tanya apa sebenarnya alamat dia.Nah,guna telefon Along."Lelaki yang sudah Amira anggap abang kandungnya itu memberikannya telefon bimbitnya supaya Amira dapat menelefon Nabiha.

      "Teima kasih Along!Kejap ya,saya telefon Nabiha.."ujar Amira sambil menekan punat di telefon Nokia Express Music.Terdengar caller ringtone 'Aku Suka Dia' nyanyian Ainan Tasneem di talian.Tetapi si pengjawab masih belum mengangkat telefon.Dan akhirnya...

       "Nabiha!Rumah awak sebenarnya Nibong ** ke Nibong **?Kita dah sesat dah ni!"Dengan 'manjanya' aku mengadu kesedihan ku.

       "Rumah kita kat Nibong **..."balas Nabiha.Terdengar suaranya yang ketawa terbahak-bahak.Pasti hatinya digeletek kelucuan dek kerana ujaran Amira.Aku hanya mengangguk dan tidak semena-mena pecah juga tawa Amira akhirnya.




"ASSALAMUALAIKUM!Tuan rumah!oo tuan rumah!!"teriak Amira memberi salam.Dia sudah seperti orang yang sedang melakukan tarian Shuffle.Terlompat-lompat bagai beruk kena belacan.

      "Waalaikumsalam!Ya,tuan rumah nak keluarlah ni!"Sempat lagi Nabiha berseloroh.
      "Duduk rumah seorang ke?Mak awak tak ada ke?"Nabiha hanya menggelengkan kepalanya.
      "Masuk lah..buat macam rumah sendiri.Awak nak pinjam ***** kan?Tengok lah kat  rak buku kat situ."

      Amira sudah seperti robot mengikut sahaja.Di saat Amira tiba betul-betul di hadapan rak buku,mulutnya ternganga besar.Sebesar Gua Niah di Sarawak!

      "Nabiha,biar betul...takkan lah...mimpi ke aku ni?"



To be continued...(Part 3)

Pengalaman yang gila bebenaw!(Part 1)

Assalamualaikum dan salam satu malaysia!!lama dah tak exercise tangan gua type entri blog..Ermm gua hari ni nak cerita pasal semalam(khamis).Pengalaman gua mase pergi rumah nabiha..okey ceritanya begini..gua akan buat style novel tau!

    "Farzmil!kau esok ade nak pergi rumah nabiha tak?"ujar Amira memecah kesunyian di surau sekolahnya.Farzmil yang sedang enak menelaah novel 'Miss Pisau Cukur' karya Siti Nur Dhuha agak terkejut beruk tahap dewa ke lapan belas terkebil-kebil memandang Amira yang tersengih kambing gunung.Farzmil mengurut-urut dadanya yang bergoncang kuat kerana Amira yang datang membuat terjahan 'Melodi' kepadanya.'Nasib baiklah jantung aku tak jatuh jantung aku..kira okey urat saraf aku ni macam dawai besi..boleh tahan lama.Kalau plastik econsave..ermm alamatnya aku akan meninggalkan dunia yang penuh pancaroba ini..huhu!Eh!pandai pulak hait aku nak berdrama pulak ni!!'desis hati Farzmil.

    "Rasanya aku pergi..kenapa?kau nak ikut sekali ke?"soal Farzmil setelah melihat Amira hampir tertidur menanti jawapan darinya."Nak!aku nak tengok juga rumah nabiha pastu aku nak pinjam ***** nabiha..By the way,kau pergi esok dengan apa?"soal Amira lagi mahu kepastian.
   
    "Macam biasa lah.Naik bas awam.Kenapa?Kau nak naik sekali dengan aku ke?"Farzmil menjawab soalan amira dengan soalan.

    "Aah.Aku nak try naik bas awam.tapi macam mana nak naik bas awam?aku tak reti la.."Amira membuat muka seposen memohon simpati.Farzmil yang melihatnya menjeling kura-kura manja.Tidak sampai hati dia melihat rakannya itu.Bukan kerana simpati,tetapi rasa nak muntah warna pink sebab tengok Amira buat muka seposennya itu.Style macam minta kaki je.

    "Yelah..Kalau kau nak naik bas awam kau kena......"Panjang lebar ceramah Farzmil tentang cara-cara untuk menaiki bas awam.Dari cara naik bas awam sampai ke pasal novel.Entah apa yang dibebelkan pun entah Amira faham atau tidak.Kalau Amira faham,syukurlah.Kalau tak faham juga,dia berserah pada takdir tuhan yang Esa.



"ERMM..Macam mana ni?Aku nak pergi dengan Farzmil ke dengan Along ni?"Pening kepala Amira memikirkan cara untuk ke rumah Nabiha keesokkan harinya.Along?Along ialah seorang pemandu van sekolah.Dia juga adalah orang yang bertanggaung jawab menghantar dan mengambil Amira pergi dan balik dari  sekolah.

    "Apa kata kalau aku pergi dengan along je.Aku mesej Farzmil guna facebook je lah.Ermm..Wow!Amira!That's a brilliant idea!Great!"Terkembang-kembang hidung Amira memuji dirinya sendiri.Tanpa sedar,bulu hidungnya terkeluar.Sesekali dia terbersin,bulu hidungnya terbang tanpa arah tuju.Lantas dia mengesat lebihan hingus yang meleleh dengan tisu Scott.Setelah selesai proses penyerapan hingus ke tisu selesai,Amira lantas menarik keluar notebook CSL nya,lalu mendaftar masuk akaun Facebook.

   Farzmil,aku rasa aku tak pergi dengan kau esok...
Aku pegi dengan van aku kot.
:D

    Amira menanti balasan  mesej dari Farzmil tetapi harapannya tidak kesampaian...




To be continued...Part 2

Friday 15 June 2012

Si Dia bernama Amira Farzmil

Assalamualaikum dan salam satu friendship sekalian..Haa..lu orang mesti tertanya-tanya apa maksud tajuk yang gua tulis nih..ahaks!yuolls jangan nak salah paham yerr..gua ni straight!!okey..AMIRA FARZMIL..dia ni memang budak baik..senang citer best kalau kawan dengan die.Gua dengan die ni memang sekepala..Dowh!nama pon dah dua-dua AMIRA...of courseezz la sekepala!

Antara yang gua suke dengan yang FARZMIL suke ialah kitorang ni memang kaki novel..maksud gua memang giler novel..macam kalau tak de novel gua dengan die bole kena sawan..kalau sehari tak citer pasal novel..Bole parkinson dowh!!

Ohh!Lagi satu,adik beradik AMIRA FARZMIL ni,nama kedua diorang wajib ada FARZMIL..ikut ape yang AMIRA FARZMIL story-mory kat gua,FARZMIL ni gabungan nama parents diorang..gua salute dengan parents FARZMILS'..ape orang selalu cakap= SO SWEET... :)Oklah..gua nak ciao dulu!!gua nak online fb gua dulu!!

ASSALAMUALAIKUM DAN BABAI!!!

Thursday 14 June 2012

Lawak Ke Der??-Jozan

Assalamualaikum dan salam satu dunia gua ucapkan..hari ini entri gua,gua nak cerita pasal lawak ke der sepertimana yang gua dah taip kat atas tu..sebenarnya gua tak tahu pun apa yang gua nak post kan kat entri kali ni..tapi gua main bedal je!Ada gua kisah??okey sambung cerita...gu buka youtube dan...

Pada suatu hari yang cukup indah,burung-burung bertebangan sambil berkicauan dan bergembira..gua sebenarnya tak ada ape nak cerita..tu yang gua mencarut ni..gilozz,kan??Okey,setelah disyorkan oleh kawan gua,tipah untuk tengok cerita ni..gua balik-balik  je dari sekolah terus terkam laptop kecik gua and tengok lawak ke der..Perghh!gua cakap dengan lu orang..gile kelakar..memang tak kering gusi..dan untuk itu gua ingat,gua nak letak video tu kat blog gua ni..
                                               Haa..yang ini part 1..(Masa diorang sekolah lagi)


 
Yang ini pulak part 2(time diorang dah dewasa and jadi gangster)

Dan untuk itu..gua nak minta diri dulu sebab mata gua ni dah nak tertutup..bukak balik asyik nak tertutup..ngantuk dowh!!


ASSALAMUALAIKUM,
BYE,
XOXOXOXOXO...

Thursday 7 June 2012

Bukit Gambang..yaww!

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...gua dan family gua pergilah bercuti dekat bukit gambang kat pahang..tempat tu untuk mandi manda dan macam-macam lagi..gua hari ni nak story mory kat lu orang pasal perjalanan pergi dan balik gua dari johor ke gambang..ermm..terimalah..

Tersebutlah kisah...gua dan adik gua yang terlebih excited nak pergi gambang dah tak sabar nak kemas baju,padahal lusa baru nak bertolak...okey tapi gua  dan adik kemas ari ahad lah...sebab mak gua cakap lusa pergi hari ahad dah nak kemas...ermm..tak kisah lah..yang penting gua happy gilozzz...okey,gua nak tunjuk kat luorang gambar yang gua dah snap masa kat gambang.. tengok..jangan tak tengok..

(ni signboard yang aku snap first sekali masa gua masuk kat waterpark ni.)

(ni gambar kedua=peta bukit gambang water park)

(Gambar ketiga...tajuk utama cerita ni..)

(Gambar ni gua main snap je ni..)

(Ni gambar keluarga gua..starring dari kiri..mama,mak tok,tugu bukit gambang,adik,kak rima,kak zu)

(Gambar ni pun gua main snap je..lupe lak gua nak zoom in..)

(Ni gambar yang paling gua suke..ni gambar penguin tau..bukan tenuk afrika okeh!)
ni aku jumpe kat gift shop..comel toook!


Okey,hari rabu bersamaan pukul 12 tengah hari,gua dan family check out...Balik-balik je gua jalan macam rappers..terhuyung hayang..kulit muka pun dah macam orang negro..eww..jatuh saham gua..okey..sampai di sini sahaja coretan isi hati gua..goodbye forever bloodyful cockroach!!

THE END,
BYE,
XOXO...

Friday 1 June 2012

My Damn Super Best Buddies...

Assalamualaikum dan salam sejahtera gua ucapkan...tadi gua kan baru publish pasal birthday mama gua..dalam pada gua cari gambar kat cik cammy (Camera) gua,ternampak pulak gambar masa gua dan buddies gua tahun lepas pergi jamuan hari raya kat sekolah..ada la amik gambar sikit..let us see them..

Gua dengan Kimberly

Kimberly(Kimmy)

Lyesa Karmila(Harry Styles)

Kimmy and me

Lyesa and Kimmy

*Sebenarnya ada lagi seorang=fatin afifah..tapi gua tak dapat snap gambar die..frust tertonggeng gua..


THE END,
BYE,
XOXO





Happy Birthday To My Mama!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera gua ucapkan..hari ni gua update blog ni gua nak cerita hari ni hari jadi mama gua...iaitu PUAN AZIAH JAAFAR...huhu..best mama beli kek aiskrim...flavournya-cappuchino!!Sedap hingga menjilat celah kaki...eww?ade ker??BTW,gua ucapkan happy birthday to mama gua yang tercinta...sekarang dia dah berumur **(umur dirahsia..nanti jatuh saham)inilah mama gua..tengok tau jangan tak tengok!!

 
(Gambar ni kat umah pak cik gua...Andak punye rumah punye background)
-2011-

(Ini keknya...nampak lazat,kan?sebab tu gua sampai meleleh 'salivary amylase' gua)


THE END,
BYE,
XOXO..

Thursday 31 May 2012

Kau Aku Doakan

Assalamualaikum...dan salam satu indonesia sekalian..harini siapa orang pertama yang follow blog gua...gua doa die orang pertama masuk syurga...AMIN..



The End,
Bye,
xoxo

Tuesday 29 May 2012

I'm Lovin' it!

Assalamualaikum dan salam satu malaysia gua ucapkan..haha..hari ni gua nak cerita pasal hari Isnin yang lepas...gua ikut mama gua gi sekolah mama..mama hari tu bertugas...patotnya mama boleh balik awal atau senang cerita pkol 2.30 petang..tapi sebab ada masalah teknikal ..pengetua sekolah tu tk datang,mama kene balik pkol 4.30 ptg...so gua cakap dekat mama,"Mama jom tengok cerita aku ada,kau ada,mama?"then,mama cakap"sempat ke?kang masa sampai dah mula..""tak pe lah..kite nak tengok..please mama..?"..

Lu orang nak tau apa jadi lepas tu..gile kentang!!gua dapat tengok dowh!!!Best gile bapak engau punye sepupu...pergh!Best yang tak terkata..nak pulak diorang sume tu berlakon kat korea..gila tak tengok!!BTW,gua suke kalau Shaheizy Sam dengan Yana Samsudin berlakon sama-sama...Diorang sweet..gilozz..KALAU lah diorang ditakdirkan..ni KALAU...KALAU diorang ditakdirkan berkahwin...pastu dapat anak...mesti cute gile anak diorang...tu pun KALAU betul jadi...ermmm..takpe lah...tapi diorang tetap sweet...

Sunday 27 May 2012

Aku Ada Kau Ada???

Assalamualaikum dan salam satu malaysia...haha..pasti luorang semua dah pernah dengar tajuk atas ni...tipu kalau cakap tak pernah tengok..perggh!tajuk pun dah sedap..mesti jalan cerita gilezz bezz...ermmm...rasa tak sabar nak tengok cerita ni...ohh...my heart's pounding and beats non-stop...oh mak guard!!eee...rasa macam nak tengok sekarang je....agak-agak dah keluar kat youtube ke ape ke?hmm apa-apa pun gua nak kasi korang   tengok poster die..hehe
                                                         

Wednesday 23 May 2012

Target gua untuk periksa setengah tahun ni..2012

Assalamualaikum dan salam satu nepal untuk semua..Ari ni gua nak cerita pasal gua punye target untuk periksa tengah tahun or kalau mat saleh celop kate mid-year exam..haha...gua kalau boleh memang nak dapat semua 8A tapi gua tahu gua tak sepandai budak RK 1 walaupun gua kelas RK 1..Ermm sedih rasenye..Jadi sambung cerita..Misal kata gua tak dapat 8A straight punye..gua target dalam 3A-6A je..kalau gua dapat 6A dan dapat 2B,gua rase A dengan B gua tu:

6A-BM,BI,SEJARAH.GEOGRAFI,AGAMA,KH
2B-MATH AND SCIENCE

*gua ni bukannya genius macam Adi putra yag lahir je terus pandai mengalah budak Universiti...kadang-kadang gua rasa jeles jugak..tapi gua tekankan diri gua untuk selalu TIDAK BERPUTUS ASA..yes,Amira..!

AMIRA HANI FIGHTING!!
ASSALAMUALAIKUM!!

Seram tokkk!

Assalamualaikum dan salam satu malaysia gua ucapkan..haaaahh..dah berapa abad gua tak post blog gua nih..Emm..ari ni gua nak citer dengan lu orang pasal satu blog ni..address nya berbunyi begini:
                               
                     www.kisahmj12.blogspot.com.

Bagi orang yang minat baca cerita-cerita paranormal ni layari lah laman web yang gua taip kat atas tu...Banyak cerita yang menyeramkan...dan lagi satu,gua nak bagitau lu orang yang pengasas blog tu nama die DJ KC..kalau lu orang malas nak baca,lu orang dengar dekat radio RIA FM...channel dia:89.7...Haah..kalau nak dengar cerita hantu daripada dj kc ni kena lah tunggu bila dah pukul 12 tengah malam..chingu(kawan) gua cakap yag dj kc cerita kan cerita ni serius semacam je..tu yang buat gua excited sangaaat ni..huhu

ENJOY YOUR DAY,GUYS!
ASSALAMUALAIKUM...

Sunday 13 May 2012

When exam comes tomorrow..

Assalamualaikum..dan salam satu bangaladesh...ahaks!gua dapat tahu esok hingga hari sekian..ade periksa..gua rasa panik tahap gaban daww..bencinye..gua suke exam tapi gua tak suke perasaan panik gua...huhu


THE END!!!!

jealous rasanyeerr..

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia gua ucapkan.. dah lama tak update..hehe..semuanye punca gua gaduh dengan abang gua yang sengal dan sewel tahap gaban tu...benci daww gua..okey..sambung cerita..gua semalam gua bukak fb..then dekat wall ade tunjuk buku koleksi aunty nozi punye...banyak jugak...buku yang gua teringin nak beli pun ade..sebagai contoh:

1.M.A.I.D-
2.AD+IZ
3.dia segalanya
4.aku bukan mistress
5.doktor cinta
6.maaf jika aku tak sempurna

rase jeles pulak gua bile tengok ade orang yang ade buku yang aku teringin nak bace..kalau lah aunty nozi jiran sebelah gua..mesti gua dah pinjam dengan aunty..ermm apalah nasib...sedihh..

Wednesday 9 May 2012

Dah macam library!!Gila kentang!!

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia gua nak ucapkan...haha..untuk kesekian kalinya gua cakap macam tu...ermm..gua nak cerita ni..semalam gua buka facebook..gua tengok lah ape citer baru budak-budak kaki facebook ni..macam-macam yang diorang update kan di facebook...

Ade yang luahkan perasaan kepada orang yang disayangi..ade yang frust sebab boyfriend diorang main kayu tiga..senang citer macam-macam kontroversi yang diorang citer kat facebook..ermm..the first thing yang gua rasa adalah pelik yang amat..harus ke nak cerita hal peribadi kat semua??nak sangat orang anggap yang korang ni laku...(lakulah saaanggaat)..pelu ke nak tunjuk gambar korang dengan korang???diorang tak tau ke dalam gambar diorang yang berduaan tu..mesti ade syaitannirrajim yang sesedap hati nak menyelit debelah korang...

gua pun tak tau nak cakap ape bila gua tengok gambar yang tak serupa gambar tu...menyampah pun ada jugak..baik macam ni je..serah kan je jodoh kat tangan Allah..tak perlu nak berpasang-pasangan..kalau nak berpasang-pasangan pun wajiblah ada ikatan yang sah...(cehh!cakap macam nak masuk rancangan Ustazah Pilihan)gua ni pun agama taklah setinggi nabi junjungan kita..taksetinggi ahli sahabat dan yang lain..gua hanya orang yang biasa..yang sering meminta tunjuk ajar daripada orang lain iaitu ke jalan yang benar..ini tak bermakna gua tak beriman okey...

tak ada yang gua nak katakan..cuma gua nak ingatkan pembaca,

                      "kurangkan kontroversi"
                       "tingkatkan prestasi"

Melodi TV3..jangan marah...hanya gurauan semata-mata..

Tuesday 8 May 2012

Best sangat ke bercinta masa sekolah??puppy love..daww

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia gua ucapkan....hahaha..dah 3 hari gua tak post kat blog ni...ni semua punca laptop ni...tiba-tiba kena sawan gila b***...memang berjanggut gua nak tunggu..tapi akhirnya dapat juga aku buka hari ni...sakit jiwa dan raga gua..dapatlah gua luah isi hati gua hari ni...

Gua tengok budak-budak zaman sekarang dah pandai nak ber'couple'..entah sape yang ajar..gua post hari ni bukanlah nak menyindir pasangan kapel mapel ni..gua mohon maaf kalau ada yang terasa hati...gua minta maaf...gua tengok sekarang ni...bila dah kapel nak bersayang-sayang lah..berawak-kita lah...eee..meremang bulu ketiak gua...nak pulak ada yang siap cium tangan(perempuan cium tangan lelaki)..gua tengok dah macam suami isteri..tapi dalam kes ni tiada ikatan perkahwinan..Ya Allah!kan berdosa kalau lelaki dan perempuan yang bukan muhrim bersentuhan?!diorang ni tak pergi sekolah agama ke ape??

lagi satu gua pernah tengok siap ada yang berpimpin tangan lah bagai..eee..suami isteri pun tak macam tu...tengok jelah...tengah kapel memang lah seronok..boleh pegang,boleh buat apa aje sampai tak ingat dunia..apalagi tuhan...ish..ish..ish..Tapi bila dah break-up..si lelaki cari lagi pengganti..yang si perempuan frust menonggeng..sampai tak perasan yang diorang nak frust menonggeng tak kena tempat...hmm...

selamat tinggal...
xoxo

Friday 4 May 2012

T.O.P Big Bang -Malay Version

Assalamualaikum sekali lagi gua ucapkan..gua  nak cerita pasal member gua yang gile kan big bang sama macam gua...nama dia AMERUL HAIKAL BIN *******...taon lepas die suke jpop..tapi bile dah ramai gosip-gosip pasal kpop die mule lah menceburkan diri dalam dunia kpop...huhu..

Then...selqng beberapa miggu or whatever...gua dengan die berebutkan GD=G DRAGON...gaduh punye gaduh punye gaduh punye gaduh punye gaduh...akhirnya GD menjadi milik aku...hahaha..die pilih T.O.P....si sabun pencuci baju..oppss!marah kang si atai nanti... then....


THE END!!!

BIG BANG.....SO BANG..

Assalamualaiku dan salam satu V.I.P!!!big bang...dari segi istilah ialah besar tembak...(bang!bang!bang!)..dari segi syarak pula ialah kumpulan korea yang terdiri daripada lelaki yang hot hot yang berpengaruh besar seantero dunia yang bisa menembak peminatnya dengan persembahan nyanyian dan tarian diorang..antara lagu yang diorang nyanyikan:
1.Lies
2.Haru-haru
3.Dirty cash
4.last farewell
5.bad boy
6.blue

kalau nak tulis...boleh patah jari gua!!lu orang cari sendiri lahh...sekian harap maklum!

Majlis Cukur Jambul + Birthday Party

Assalamualaikum dan salam satu malaysia gua ucapkan...Hari ni gua nak cerita tentang budak Aisy ni..Nak tahu sape?dia ni mak gua punya adik punye anak..jadi dia adik sepupu gua..dia baru berumur 4 or 5 bulan...comel gile..mate budak ni besar...dan cantik..dia ni tak suka nangis...dia cuma suke minum susu ibu dan tido je..biaselah baby,kan?

Nak dijadikan cerita,sabtu lepas bersamaan 28 april 2012,dekat rumah nenek gua (alamat dirahsiakan..takut nak bagitau) mengadakan majlis cukur jambul budak aisy ni..memang riuhlah rumah mak tok...ramai sepupu sepapat yang datang bertandang ke rumah sebab diundang..gua dengan family gua datang tengah hari..so gua dengan beberapa ekor manusia yang lain pergi cuci halaman rumah so that boleh letak buffet punye ape entah...and kerusi sofa kat luar..makanan semua sedap-sedap..fuhh..ade kari kambing,ayam masak merah,acar,dalca and kuih-muih..sedapp hingga mejilat jari kaki...(ade ke?jilat kaki?)

Lepas dah tamat majlis tu..tinggallah gua,keluarga gua,keluarga mama de,keluarga mak su,mama tam,keluarga andak,keluarga oteh dan keluarga ayah long yang masih ada di rumah mak tok...(Cehh!ayat macam nak buat cerpen je..LOL)so sebelum datang rumah mak tok,mama ade singgah econsave beli kek birthday Ammar(abang Aisy)..tapi sebenarnya hari jadi ammar bukannya 28 april tapi 13 april..disebabkan nak sambut ramai-ramai..jadi mama sponsor beli kek..

Kalau tak silap gua...pukul 8 and above,mama tam keluar kan kek Ammar...adik-adik sedara gua yang masih di bawah umur tu apalagi..join sekaki nak tiup lilin..yang paling kelakarnya,Syahmi,3,(anak oteh...)nak tiup lilin yang ade atas kek Ammar..tapi Ammar buat muka jambatan tak siap,halang syahmi dari tiupp lilin..haha..berebut nak tiup lilin..Then,bila cousin2 gua nyanyi lagu 'HAPPY BIRTHDAY TO YOU'..Thaqif atau lebih dikenali sebagai akib,telah menyibukkan dirinya menyanyi lagu yang salah iaitu

                "happy birthday to you"
                   "makan ubi kayu"
                 "cium bun*** lembu"
                 "dapat awek baru"

semua yang ada kat situ gelak sakan..then........................






THE END!!!!!!

Thursday 3 May 2012

Novelis,,Kawan FB ku!!!

salam satu malaysia gua ucapkan...gua bangga gila..sebab penulis novel yang gua minat jadi friend gua..best gile...nak tahu sape?
1.Anita Aruszi a.k.a Mazni Aznita
2.Nozi Danisya
2.Areila Sahimi
3.Bikash Nur Idris
4.dan lain-lagi

Kembang kuncup punggung gua...bangganye..bolehlah nanti gua  belajar dari diorang...amin!boleh lah gua jadi novelis bila gua dh cukup dewasa nanti...kerja kat Alaf 21 ke Buku Prima ke Kaki Novel ke...tapi itupun kalau gua diterima..tapi memang gua nak sangat jadi novelis...gua ade try buat novel..tajuknya ialah:

1.Gadis Bunga
2.I.T.A.L.Y-I Trust And Love You

Gadis Bunga baru sampai Bab 6..kalau I.T.A.L.Y baru bab 7...ermm..susah jugak nak buat novel..macam yang Aunty Nozi Danisya cakap..

"jadi novelis ade best..ade yang tak best..banyak cabaran kena kuatkan semangat..banyak saingan..

TNB!!!boo untuk korang

Assalamualaikum..salam 1 Malaysia gua ucapkan pada bloggers sekalian...gua nak cerita kat lu orang semua pasal apa yang terjadi hari ini...gua bengang dengan TNB(tenaga nasional berhad)..agaknya diorang ni buat apa ek kat syarikat diorang tu..tadi masa gua tengah best layan cerita indon tiba-tiba elektrik mati..eee,sakit pulak hati kita ni..huh..elektrik tak ada time pukul 11 lebih..ingatkan kalau dah pegi sekolah nanti bolehlah nak lepak kat library..yelah ada air-cond(masyukk...)..berangan punya berangan,sekali sekolah pun tak ada elektrik..hishh..hampeh tol lah...boring gua..dah macam duduk dalam zoo..budak-budak kelas gua asyik menceceh tak tentu hala...ee..bergetar taik telinga gua...ada yang buat lawak jozan...ada yang nyanyi lagu sesaat kau datang,sesal mendua dan lain-lain...ada yang yang bergosip menambahkan dosa..ya Allah..aku rasa macam kat kedai mamak pun ada...kecoh..orang melayu ada cakap cina...orang cina cakap  india..habis tu india nak cakap apa?

lagi satu gua nak bagitahu..gua kalau boleh..bila dah sampai masa untuk gua...bukan meninggalkan alam yang penuh dengan pancaroba ni okeh..(ayat nak ikut dalam novel..tak boleh blah)..sampai masa harijadi gua...gua dapat banyak hadiah macam zul********(nama dirahsiakan sebab dia ni memang popular..teka pun dah tahu)..macam-macam die dapat...rasa jeles pun ade..sedihnya..gua kalau boleh nak hadiah berupa novel yang memang gua impikan iaitu:

1.AD+IZ-karya EURY ATHENA
2.ISTERI SEPARUH MASA-karya SURI RYANA
3.CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG-karya ???
4.JODOH ITU MILIKKU-karya SARA AISHA
5.CUPID LOVE-karya RAFIZAH NORDIN

tapi ada ke yang nak bagi gua hadiah ni???sedih...

Wednesday 2 May 2012

My Precious Profile..

Okey...apa khabar my bloggy??Opps!Lupe pulak..Assalamualaikum gua ucapkan kepada Tuan pengerusi majlis,Yang dihormati,bloggers-bloggers yang dicintai...dan hadirin hadirat sekalian..hehe..ayat macam nak mulakan pertandingan perbahasan pulak!bloodyful cockroach!!Tak semenggah langsung..Biasenya,kalau orang buat mesti nak buat biodatalah..makanan kegemaranlah..hobi lah..macam-macam lagi kan?...Tak nak pulak diorang letak buku rujukan kegemaran ke,boyfriend kegemaran ke!Opss!Maafkan gua..gurau senda sudah sebati dan sudah biasa berada dalam kehidupan gua sebagai 'A Tomboy Like-Girl'..Okey ini adalah profil diri gua..Tengok baik-baik..jangan menyesal sudah..


  1. Mula-mula dulu,bapak gua nak letak nama gua Amira Hanis tapi mak gua tak berapa nak setuju sebab nama gua lebih kurang macam gua punye bapak punye adik perempuan punye nama..iaitu Nur Hanis Syahirah..sebab dah Hanis..mak aku tak mau guna..Jadi secara official,nama gua ialah Amira Hani sampailah gua jalan!(Innalillah..)
  2. Gua dilahirkan pada 18 Oktober Tahun Gajah..Ehh!silapp..tahun 1998!Kalau Zodiac gua atau lebih mesra alam,Horoscope gua ialah Libra..dimana..dimana-mana sahaja!haha..dimana makhluk ciptaan tuhan yang lahir pada 22 September hingga 22 Oktober..Ada faham kaa?
  3. Gua dijaga dengan baik di dalam rahim ibu gua sebelum gua di'arah'kan oleh Allah S.W.T untuk keluar dari perut ibu gua yang memboyot disebabkan ada gua dalam perut tu..(Pening kepala aku!!nak baca..)Gua dikeluarkan dari perut pada 18 Oktober 1998 bersamaan Hari Ahad..pada pukul 7.32 malam..(If i'm not mistaken lah..)Gua ditempatkan didalam katil baby di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu,Johor...Bukan Bangladesh okeh!!
  4. Makanan yang paling gua suka sekali ialah nasi goreng lada hijau makan dengan sambal belacan...huhu..makan sampai mertua lalu pun tak sedar...ayat tu bagi gua cliche sangat sebab mak gua selalu bagi ayat penyata macam tu!Nak-nak pulak makan nasi goreng lada hijau digabungkan dengan Mocca Ice Blend...Perghh!Sedap hingga menjilat pinggan dan cawan!!
  5. Hobi gua ialah membaca novel..Jangan ingat perempuan kasar macam gua tak minat baca novel..sebaliknya budak-budak yang terlompat terkinja-kinja tu nak mintak gua jadi sifu diorang...(Haha..perasan pulak...)Kalau boleh gua nak bilik gua penuh dengan novel!FYI,Novel cinta okey..Novel kanak-kanak gua kureng sikit nak baca..Selain daripada baca novel,gua suka menyanyi..gua pernah menyanyi dengan kawan gua..diorang cakap suara gua sedap..tapi gua tak rasa pulak macam tu...tapi kalau betul diorang cakap tu..gua rasa asyik terkembang-kembang je punggung gua ni...haha..jangan slah faham..ini hanya gurauan semata-mata...
  6. cita-cita?gua sendiri pun tak pasti gua nak jadi apa?sama ada pereka fesyen@penyanyi@engineer@novelis..Oh!BTW,gua ada tulis novel sendiri..gua harap sangat bila novel gua ni siap gua hantar kat grupbuku karangkraf,diorang terima hasil kerja gua..ermm..harap sangat niat suci gua termakbul..amin..(Sucilah Sangaaatt!)
  7. Gua ni jenis yang gile korea..kalau sehari tak dengar perkatan korea boleh sawan rasanya..gua memang gile korea..orang yang pertama kenalkan aku dengan korea ni ialah kakak angkat aku mernagkap bakal kakak ipar,bakal kakak ipar gua,bakal isteri kepada Amir Khaddafi iaitu abang first gua..(Itupun mak gua saje je cakap..Kalau ade jodoh alhamdulillah!!)..Lagu pertama yang die bagi gua dengar ialah I'M A LONER-nyanyian kumpulan CN BLUE...Best gile..balik rumah je terus gua demam panas..demam panas KPOP!..
  8. Fatini pernah cakap kita ni sebagai manusia,belum lagi dapat mencari sahabat sejati yng cukup kesempurnaanya..Jadi gua anggap diorang semua BGF @ BBF gua BEST GIRL FRIENDS gua ialah FATIN AFIFAH,NADIA ROSLAN,KIMBERLY CHUNG,ZAHRA NAJIHAH,PUTERI NURALIANA..kalau BEST BOY FRIENDS ialah ADEEB SYAFIQ,AMERUL HAIKAL,AHMAD NAZRI..diorang adalah gua punya BEST BUDDIES!!!
Okeylah..gua dah ngantuk ni!!Sambung esok ye..babai!

Kenapa dgn die ni??

Hari ini gua bengang gile dengan abang gua (angah)..dengki dengan aku je keje die...Ade ke patot?die delete gua punya Wireless Connection yang tersedia ada dalam laptop ni...tak ke selenga tuh!!Ish,kalau ikut hati gua,nak je gua lempar je kat laut atlantik biar kene freeze dgn air laut dia yang sejuk...biar jadi macam jack yang berlakon dalam cerita Titanic tuh!!tak pun aku lempar kat tengah-tengah laut biar kene makan dengan ikan paus...haha padan muka!!                                                                                            00:06/Khamis