Friday 29 June 2012

Pengalaman yang gila bebenaw!(part 2)

Assalamualaikum dan salam satu korea sekalian..haha..jumpa juga kita akhirnya ya?!Okey tanpa melengahkan masa lagi gua nak sambung cerita gua yang terbengkalai semalam.okey..begini sambungan ceritanya.....


      "Helo!Along ke ni?"
      "Yelah..Amira ke?"
      "Aah.Along boleh tak ambil saya pukul 9?sebab saya nak pergi rumah kawan saya kat Nibong **..Boleh tak?Saya nak ambil barang dengan Nabiha.Boleh tak?"
      "Ermm..Boeh..cepat sikit Along nak sampai ni."
      "Okey..Terima kasih Along!Sayang Along ketat-ketat!"

      Dengan kepantasan tahap dewa kelapan belas,Amira meluncur laju ke arah almari bajunya untuk menyalin pakaian jasmaninya kerana kebetulan hari itu juga ada matapelajaran pendidikan jasmani.Tidak sampai 5 minit menyalin pakaian,Amira sudah siap memakai kasut sekolahnya.Dalam masa yang sama,Along juga tuba di tempat kejadian.Wah,macam ada kes Detective Conan pula!


"RUMAH Nabiha sebenarnya Nibong ** ke Nibong **,Mira?Setahu Along tak ada Nibong **..Ermm macam ni,Amira cuba telefon Nabiha.Tanya apa sebenarnya alamat dia.Nah,guna telefon Along."Lelaki yang sudah Amira anggap abang kandungnya itu memberikannya telefon bimbitnya supaya Amira dapat menelefon Nabiha.

      "Teima kasih Along!Kejap ya,saya telefon Nabiha.."ujar Amira sambil menekan punat di telefon Nokia Express Music.Terdengar caller ringtone 'Aku Suka Dia' nyanyian Ainan Tasneem di talian.Tetapi si pengjawab masih belum mengangkat telefon.Dan akhirnya...

       "Nabiha!Rumah awak sebenarnya Nibong ** ke Nibong **?Kita dah sesat dah ni!"Dengan 'manjanya' aku mengadu kesedihan ku.

       "Rumah kita kat Nibong **..."balas Nabiha.Terdengar suaranya yang ketawa terbahak-bahak.Pasti hatinya digeletek kelucuan dek kerana ujaran Amira.Aku hanya mengangguk dan tidak semena-mena pecah juga tawa Amira akhirnya.




"ASSALAMUALAIKUM!Tuan rumah!oo tuan rumah!!"teriak Amira memberi salam.Dia sudah seperti orang yang sedang melakukan tarian Shuffle.Terlompat-lompat bagai beruk kena belacan.

      "Waalaikumsalam!Ya,tuan rumah nak keluarlah ni!"Sempat lagi Nabiha berseloroh.
      "Duduk rumah seorang ke?Mak awak tak ada ke?"Nabiha hanya menggelengkan kepalanya.
      "Masuk lah..buat macam rumah sendiri.Awak nak pinjam ***** kan?Tengok lah kat  rak buku kat situ."

      Amira sudah seperti robot mengikut sahaja.Di saat Amira tiba betul-betul di hadapan rak buku,mulutnya ternganga besar.Sebesar Gua Niah di Sarawak!

      "Nabiha,biar betul...takkan lah...mimpi ke aku ni?"



To be continued...(Part 3)

No comments:

Post a Comment