Wednesday 2 May 2012

My Precious Profile..

Okey...apa khabar my bloggy??Opps!Lupe pulak..Assalamualaikum gua ucapkan kepada Tuan pengerusi majlis,Yang dihormati,bloggers-bloggers yang dicintai...dan hadirin hadirat sekalian..hehe..ayat macam nak mulakan pertandingan perbahasan pulak!bloodyful cockroach!!Tak semenggah langsung..Biasenya,kalau orang buat mesti nak buat biodatalah..makanan kegemaranlah..hobi lah..macam-macam lagi kan?...Tak nak pulak diorang letak buku rujukan kegemaran ke,boyfriend kegemaran ke!Opss!Maafkan gua..gurau senda sudah sebati dan sudah biasa berada dalam kehidupan gua sebagai 'A Tomboy Like-Girl'..Okey ini adalah profil diri gua..Tengok baik-baik..jangan menyesal sudah..


  1. Mula-mula dulu,bapak gua nak letak nama gua Amira Hanis tapi mak gua tak berapa nak setuju sebab nama gua lebih kurang macam gua punye bapak punye adik perempuan punye nama..iaitu Nur Hanis Syahirah..sebab dah Hanis..mak aku tak mau guna..Jadi secara official,nama gua ialah Amira Hani sampailah gua jalan!(Innalillah..)
  2. Gua dilahirkan pada 18 Oktober Tahun Gajah..Ehh!silapp..tahun 1998!Kalau Zodiac gua atau lebih mesra alam,Horoscope gua ialah Libra..dimana..dimana-mana sahaja!haha..dimana makhluk ciptaan tuhan yang lahir pada 22 September hingga 22 Oktober..Ada faham kaa?
  3. Gua dijaga dengan baik di dalam rahim ibu gua sebelum gua di'arah'kan oleh Allah S.W.T untuk keluar dari perut ibu gua yang memboyot disebabkan ada gua dalam perut tu..(Pening kepala aku!!nak baca..)Gua dikeluarkan dari perut pada 18 Oktober 1998 bersamaan Hari Ahad..pada pukul 7.32 malam..(If i'm not mistaken lah..)Gua ditempatkan didalam katil baby di Hospital Sultanah Aminah,Johor Bharu,Johor...Bukan Bangladesh okeh!!
  4. Makanan yang paling gua suka sekali ialah nasi goreng lada hijau makan dengan sambal belacan...huhu..makan sampai mertua lalu pun tak sedar...ayat tu bagi gua cliche sangat sebab mak gua selalu bagi ayat penyata macam tu!Nak-nak pulak makan nasi goreng lada hijau digabungkan dengan Mocca Ice Blend...Perghh!Sedap hingga menjilat pinggan dan cawan!!
  5. Hobi gua ialah membaca novel..Jangan ingat perempuan kasar macam gua tak minat baca novel..sebaliknya budak-budak yang terlompat terkinja-kinja tu nak mintak gua jadi sifu diorang...(Haha..perasan pulak...)Kalau boleh gua nak bilik gua penuh dengan novel!FYI,Novel cinta okey..Novel kanak-kanak gua kureng sikit nak baca..Selain daripada baca novel,gua suka menyanyi..gua pernah menyanyi dengan kawan gua..diorang cakap suara gua sedap..tapi gua tak rasa pulak macam tu...tapi kalau betul diorang cakap tu..gua rasa asyik terkembang-kembang je punggung gua ni...haha..jangan slah faham..ini hanya gurauan semata-mata...
  6. cita-cita?gua sendiri pun tak pasti gua nak jadi apa?sama ada pereka fesyen@penyanyi@engineer@novelis..Oh!BTW,gua ada tulis novel sendiri..gua harap sangat bila novel gua ni siap gua hantar kat grupbuku karangkraf,diorang terima hasil kerja gua..ermm..harap sangat niat suci gua termakbul..amin..(Sucilah Sangaaatt!)
  7. Gua ni jenis yang gile korea..kalau sehari tak dengar perkatan korea boleh sawan rasanya..gua memang gile korea..orang yang pertama kenalkan aku dengan korea ni ialah kakak angkat aku mernagkap bakal kakak ipar,bakal kakak ipar gua,bakal isteri kepada Amir Khaddafi iaitu abang first gua..(Itupun mak gua saje je cakap..Kalau ade jodoh alhamdulillah!!)..Lagu pertama yang die bagi gua dengar ialah I'M A LONER-nyanyian kumpulan CN BLUE...Best gile..balik rumah je terus gua demam panas..demam panas KPOP!..
  8. Fatini pernah cakap kita ni sebagai manusia,belum lagi dapat mencari sahabat sejati yng cukup kesempurnaanya..Jadi gua anggap diorang semua BGF @ BBF gua BEST GIRL FRIENDS gua ialah FATIN AFIFAH,NADIA ROSLAN,KIMBERLY CHUNG,ZAHRA NAJIHAH,PUTERI NURALIANA..kalau BEST BOY FRIENDS ialah ADEEB SYAFIQ,AMERUL HAIKAL,AHMAD NAZRI..diorang adalah gua punya BEST BUDDIES!!!
Okeylah..gua dah ngantuk ni!!Sambung esok ye..babai!

No comments:

Post a Comment